Cari aktiviti kesihatan berdekatan anda...
Tingkatkan hidup anda
Sudah tiba masanya untuk mencuba: Aqua Fit, Barre, Tinju, Hammam, Urut, berjalan kaki Nordik, Sauna Aufguss, Penyembuhan Bunyi, SUP Yoga, Tai Chi, Trampolin, Zumba ...
Inspirasi & Blog Kesihatan
Selain daripada aktiviti di hujung minggu September, kami mahu anda jalani kehidupan sihat setiap hari. Mari baca artikel dan tonton video kami.
Cari beribu aktiviti berdekatan anda di 120 negara
Wellness bermula dengan We: mari kita sama-sama memberi inspirasi dan memperkasa satu sama lain
Ketahui mengapa & bagaimana perniagaan anda boleh terlibat
Bagaimana caranya?
Anjurkan acara yang seronok dan percuma.
Pastikan aktiviti anda seronok dan memberi kepuasan, dari usaha & penat lelah pasukan anda yang mahukan sesuatu yang lain dari yang lain.
Kami mahu orang ramai mengambil bahagian kerana acara tersebut menarik & bermakna, bukannya kerana ia percuma semata-mata.
Kongsikan aktiviti anda di media sosial dengan tanda pagar perniagaan anda serta #worldwellnessweekend #welfie2020 #wellnessbuddies #wellnessforall
Adakan Tawaran Istimewa
Selain dari acara seronok & percuma anda, jadikan orang ramai teruja mengenai produk, rawatan dan aktiviti lain yang disediakan oleh pasukan anda.
Selain dari acara seronok & percuma anda, jadikan orang ramai teruja mengenai produk, rawatan dan aktiviti lain yang disediakan oleh pasukan anda.
Pastikan anda kreatif, bijak dan bersiap sedia. Contohnya, pakej untuk 3 kelas berikutnya dengan bayaran istimewa; baucar datang semula bersama teman 2 untuk 1 pada hari-hari perlahan anda; tawaran istimewa yang menggabungkan rawatan bersama produk untuk digunakan di rumah.
Sebarkan pada semua
Beribu-ribu perniagaan berkaitan kesihatan serta pakar dalam bidang ini menggunakan World Wellness Weekend sebagai platform pemasaran dan media untuk mendapat publisiti.
Lihat kompilasi video media kami
Baca Buku Akhbar 2019 kami dengan 430 penerbitan (penonton: 224 juta orang)
Minta Kit Media 2020 kami
Hubungi stesen TV, radio dan media cetak tempatan anda
Tarik perhatian media sekeliling dan tonjolkan diri di komuniti anda
Tanamkan Budaya Kesihatan
#WellnessForAll bukan hanya untuk pelanggan & ahli perniagaan anda, tetapi juga untuk rakan sekerja supaya mereka dapat menikmati manfaat dari 5 Tiang Kesihatan:
Tidur: anjurkan bengkel Power Napping supaya mereka dapat bernafas senang dan rasa segar setiap hari,
Pemakanan: sediakan pilihan makanan yang sihat dan jalankan perkongsian dengan restoran atau kedai runcit organik,
Pergerakan: jemput rakan sekerja untuk senaman regangan di waktu tertentu untuk menghilangkan rasa tekanan dan jaga satu sama lain; jalinkan kerjasama dengan kelab kecergasan tempatan,
Kesedaran: memperkenalkan ahli pasukan dengan Pranayama (seni pernafasan Ayurveda), atau memimpin mereka dalam amalan visualisasi berpandu,
Tujuan & Matlamat: Ambil ``Ikrar Kesihatan WWW`` untuk menggalakkan pelanggan anda menyokong kumpulan kebajikan tempatan dalam usaha mencapai gol kesihatan mereka; Menjemput orang kurang upaya (OKU) untuk menyertai aktiviti anda; Peka akan jururawat dengan acara kecergasan atau kesedaran khas, atau menganjurkan bengkel kesihatan selama 60 minit untuk jururawat di hospital / klinik tempatan (#WellnessForNurses).
5 Tiang Kesihatan
Perbaiki hidup anda serta-merta dengan satu atau semua 5 Tiang Kesihatan
Arah Tujuan & Solidariti
Ada yang bangun dengan jam loceng, ada yang bangun dengan panggilan nurani. Keluar dari diri anda... hebat rasanya apabila berjasa untuk orang lain
Klik di sini untuk ketahui lebih lanjut
APA PENDAPAT PEMIMPIN KESIHATAN
Kami gembira menyokong World Wellness Weekend yang menyokong Matlamat Pembangunan Mampan PBB dan SDG#3 "Kesihatan dan Kesejahteraan untuk Semua". Kami mendoakan kejayaan Jean Guy dan pasukannya.
Roland Schatz
CEO United Nations Global Sustainability Index Institute. (UNGSII)
International Spa Association bangga menyokong World Wellness Weekend yang menyaksikan Spa dari seluruh dunia membuka pintu untuk menerima pelanggan yang mencari pertalian antara minda, tubuh dan jiwa.
Lynne Walker McNees
Presiden, International SPA Association
Global Wellness Institute dan World Wellness Weekend mempunyai gol yang sama: Kesihatan untuk semua. Kami mengucapkan tahniah kepada Jean-Guy de Gabriac atas penganjuran acara ini. Kami juga teruja yang World Wellness Weekend telah memberi komitmen untuk mengambil bahagian di acara Global Wellness Moonshot- Dunia Bebas dari Penyakit yang Boleh Dicegah, yang merupakan inisiatif Global Wellness Institut.
Susie Ellis
Pengerusi dan CEO Global Wellness Institute
Penaja
Sokongan dan dorongan perniagaan kecantikan dan kesihatan terkemuka membolehkan kami menjayakan World Wellness Weekend. Terima kasih kepada Penaja Emas, Perak dan Gangsa.