World Wellness Weekend 19-20 Sept 2020 #WorldWellnessWeekend #WellnessForAll #Welfie2020 #WellnessBuddies


Top
Tiang 1 - Tidur & Penyembuhan - World Wellness Weekend
fade
67807
page-template-default,page,page-id-67807,page-child,parent-pageid-8756,mkd-core-1.3,wellspring child theme-child-ver-1.0.0,wellspring-ver-2.3,mkdf-smooth-scroll,mkdf-smooth-page-transitions,mkdf-ajax,mkdf-grid-1300,mkdf-blog-installed,mkdf-header-standard,mkdf-sticky-header-on-scroll-down-up,mkdf-default-mobile-header,mkdf-sticky-up-mobile-header,mkdf-dropdown-default,mkdf-search-dropdown,wpb-js-composer js-comp-ver-6.1,vc_responsive

Tiang 1 – Tidur & Penyembuhan

World Wellness Weekend / 5 pillars of wellness / Tiang 1 – Tidur & Penyembuhan

Tahukah anda zirafah hanya memerlukan 1.9 jam tidur sehari, sedangkan kelawar perang perlukan 19.9 jam sehari?

Sains mengatakan bahawa manusia memerlukan sekitar 7-8 jam tidur setiap malam, dengan kira-kira 7 minit untuk mula tidur.

Sekiranya anda kurang tidur atau mengalami kesukaran untuk tidur, maka Tiang Kesihatan ini adalah untuk anda: Tidur 8 jam setiap malam bukan sahaja memberi kebaikan dari segi kecantikan dan menghalang munculnya kesan hitam bawah mata yang mengerikan…, mari kita lihat mengapa kitaran tidur terkawal setiap malam adalah sangat penting dan bagaimana anda boleh menikmati tidur nyenyak lagi memulihkan.

Beberapa jenis tidur

Menurut kajian, terdapat tiga jenis kumpulan individu yang tidur: penghidap insomnia, individu dengan hutang tidur yang kronik, dan mereka yang tidak cukup tidur. Insomnia, terutamanya wanita berusia 30-an dan 40-an (59%), sukar untuk tidur, dan akan bangun pada waktu malam. Mereka tidur dengan purata 7 jam 21 minit semalam, berbanding 6 jam 40 minit untuk seseorang dengan hutang tidur kronik. Mereka kurang 90 minit setiap malam, tempoh yang sama untuk satu kitaran lengkap. Terdapat 5 kitaran setiap malam. Selepas beberapa hari, akan terkumpul hutang tidur yang bersamaan dengan satu malam. Tidak hairanlah mereka keletihan di hujung minggu!

Kurang tidur dikaitkan secara langsung dengan:

1. Sistem imun

Tahukah anda bahawa kurang tidur dikaitkan dengan penyakit jantung, kemurungan dan diabetes? Dianggarkan 90% individu yang mengalami insomnia – gangguan tidur yang dicirikan dengan kesukaran untuk mula tidur dan kerap terjaga – juga mempunya masalah kesihatan lain.

2. Rehat malam yang cukup membuatkan kita lebih cekap dan mudah tumpu perhatian.

Tidur adalah penting untuk pelbagai fungsi otak, termasuk kognisi, penumpuan, produktiviti dan prestasi.

3. Tidur yang terganggu boleh menyebabkan kemurungan

Isu-isu kesihatan mental, seperti kemurungan, sangat berkaitan dengan gangguan tidur dan kualiti tidur yang kurang baik. Dianggarkan 90% orang yang mengalami kemurungan mengadu mengenai kualiti tidur mereka.

TIDUR NYENYAK, hidup sihat

Menjadi lebih tahan terhadap kekurangan tidur bukanlah suatu pilihan, kerana ini akan merosakkan tubuh dan minda anda. Penyelesaiannya perlu lebih kreatif dari reaktif. Anda boleh meningkatkan kualiti tidur dengan nasihat mudah ini:

Putuskan sambungan alat elektronik anda

Kita biasanya cenderung untuk memeriksa berita, menatal halaman sosial dan memeriksa e-mel sebelum tidur. Bukan sahaja ia merangsang dan tidak merehatkan otak, cahaya biru dari skrin peranti mengurangkan tahap melatonin kita.

Cuba jangan gunakan telefon bimbit, tablet, komputer riba dan sebagainya sejam sebelum tidur. Dan jika telefon pintar anda mempunyai pilihan ini – tetapkan cahaya skrin supaya kurang terang atau kepada Syif Malam.

Beralih kepada meditasi atau amalan kesedaran

Ini sangat penting, bukan sahaja untuk kitaran tidur yang tetap dan stabil tetapi untuk kesihatan anda pada umumnya. Amalan kesedaran adalah salah satu daripada 5 Tiang Kesihatan kami, dan jika anda ingin ketahui lebih lanjut mengenainya klik DI SINI (hyperlink ke halaman lain)

Amalkan teknik pernafasan yang aman (4-7-8)

Letakkan hujung lidah ke atas rabung tisu di belakang gigi depan anda, dan biarnya di situ sepanjang senaman ini. Lepaskan nafas sepenuhnya melalui mulut, membuat bunyi whoosh yang kuat. Tutup mulut anda dan tarik nafas secara senyap-senyap melalui hidung dan kira secara senyap hingga ke nombor empat. Tahan nafas hingga kiraan nombor tujuh. Lepaskan nafas sepenuhnya melalui mulut anda, sambil membuat bunyi whoosh dan kira hingga nombor lapan. Ulangi amalan ini tiga kali untuk cukup empat kitaran nafas.

Mandi air suam sebelum tidur

Tidak ada yang lebih baik sebelum tidur dari pancuran air suam, lebih-lebih lagi jika anda menggunakan sabun mandian dengan aroma yang menenangkan seperti: lavender, kelapa, atau vanila. Mainkan lagu jazz yang menenangkan sewaktu mandi dan biarkan aliran air membawa pergi segala kerisauan dan kebimbangan. Petua tambahan penulis: Kadangkala saya letakkan titisan minyak lavender pada bola kapas dan letakkannya di sekitar bantal, baunya begitu melegakan apabila dihidu. Amalan tidur kilat Tidur kilat mengambil masa 7 hingga 14 minit dan menggunakan bimbingan suara untuk memberi saranan. Kebanyakan sesi adalah seperti berikut: Duduk di tempat yang sunyi dengan badan yang lurus, dan tarik nafas menggunakan perut anda, dan beri perhatian kepada tubuh anda, dari kepala hingga ke kaki. Biarkan kata-kata berikut menguatkan rasa tenang anda, “Wajah saya tenang, wajah saya tenang, wajah saya kini tenang.” Ulangi mantra yang mendamaikan ini untuk setiap bahagian badan anda. Sebaik sahaja anda mencapai keadaan yang menyenangkan, ambil nafas yang dalam sebanyak tujuh kali, kemudian perlahan-lahan kembali ke realiti, menggambarkan setiap bahagian badan anda dari kaki hingga ke kepala. Selepas 3 nafas dalam, perlahan-lahan buka mata anda. Amalan tidur kilat membawa kepada keadaan hipnosis diri yang memberi manfaat pemulihan yang sangat baik dari segi fizikal, mental dan emosi.

Wellness Blog & Eduation

No posts were found.

Kami menggunakan kuki untuk memberi anda pengalaman atas talian yang terbaik. Dengan bersetuju, anda menerima penggunaan kuki mengikut polisi kuki kami

Privacy Settings saved!
Tetapan Privasi

Apabila anda melawat mana-mana laman web, ia mungkin menyimpan atau mengambil maklumat dari pelayar anda, kebanyakannya dari jenis kuki. Kawal Khidmat Kuki anda di sini.


  • _cfduid

  • wordpress_test_cookie
  • wordpress_logged_in_
  • wordpress_sec

  • pll_language

Decline all Services
Accept all Services