KEHAMILAN TIDAK ADA KEBEBASAN DARI STORM, TETAPI DAMAI DI LUAR BANDAR. - pengarang tidak diketahui
KEHAMILAN TIDAK ADA KEBEBASAN DARI STORM, TETAPI DAMAI DI LUAR BANDAR. - pengarang tidak diketahui
Kita hidup dalam kelajuan yang sungguh pantas.
Rasanya tidak ada pilihan untuk kita bergerak perlahan, malah tiada lorong perlahan di mana kita dapat turunkan kelajuan sedikit dan tidak ada masa rehat yang boleh digunakan – Ini adalah hidup yang pantas bak kelajuan bunyi.
Balas dengan cepat dan ASAP adalah fesyen terbaru, dan ini tepat sekali untuk menunjukkan pergerakan masa seharian dengan peranti mudah alih yang menyambungkan kita secara berterusan dengan seluruh dunia.
Tetapi masih ada harapan: ada cara untuk kita kembali kepada ketenangan fikiran dan kesenangan di tengah-tengah kekacauan. Ketenangan adalah oasis di tengah-tengah kesibukan.
Ia adalah tempat di mana kita boleh mengecas semula diri kita sebelum pergi semula ke alam yang tergesa-gesa. Ketenangan bukan suatu angan-angan, ia boleh menjadi realiti sebaik sahaja anda mengambil langkah-langkah khas untuk mencarinya.
Pertimbangkan usaha berikut untuk menikmati ketenangan fikiran:
Cabut plag, dan cabut lari dari rutin anda – walaupun hanya sekejap. Cara anda sentiasa berhubung dengan orang lain boleh menjadi punca anda tidak dapat berhubung dengan sari jiwa anda sendiri. Matikan peranti elektronik Ambil masa beberapa minit untuk mengosongkan minda anda, sebelum mengisinya semula dengan kefahaman dan kesedaran baru.
Senyum sewaktu menunggu giliran walaupun juruwangnya lambat; senyum dengan orang kedai yang kasar dan senyum pada diri anda apabila anda melakukan kesalahan – kerana itu adalah perkara biasa. Jangan terlalu tegas dengan diri sendiri. Ketawa, bersama-sama dengan senyuman, mampu memberi ketenangan dalam apa jua keadaan.
Tidur adalah kunci untuk mencari ketenangan. Tanpa tidur yang nyenyak, isu seperti keletihan, kebimbangan dan kemurungan boleh menjadi lebih teruk. Tetapi dengan tidur yang cukup, anda mempunyai kebarangkalian yang tinggi dan peluang untuk berjuang bagi mendapat kefahaman dan kesedaran yang boleh membimbing hidup anda.
Dunia ini penuh dengan aroma yang menakjubkan. Kesegaran angin yang bertiup, aroma rumput yang baru dipotong, dan kewangian bunga lilac semua menanti anda. Buka pintu dan ambillah nafas panjang di udara segar untuk mengembalikan semula semangat anda.
Marah itu meletihkan. Kemarahan mengambil tenaga dan masa. Apabila anda membuat kesilapan, akuinya, terimanya, dan kemudian maafkan diri anda. Kekesalan itu menyeksa diri, tetapi pengampunan mampu membebaskannya. Dan dalam kebebasan, ketenteraman menunggu anda.
Pernafasan sedar dan Pranayama adalah amalan yang mudah dan cekap. Pranayama adalah satu latihan pernafasan terkawal dan ia merupakan sebahagian daripada amalan Yoga purba. Menarik, menahan dan menghembus nafas secara terkawal boleh meningkatkan fokus dan tumpuan pada diri dan deria kita. Apabila degupan jantung menjadi perlahan, aliran pemikiran kita juga perlahan atau langsung terhenti, dan ketika itulah kita mencapai kedamaian jiwa. Vipassana menggunakan teknik yang sama, berserta dengan amalan kesedaran, untuk yang menawarkan latihan yang mudah diakses.
Apabila badan sudah penat dan lesu, minda dan semangat juga bakal begitu. Cipta tabiat makan yang sihat (hyperlink ke Tiang 2 PEMAKANAN), lakukan senaman (hyperlink ke Tiang 3 PERGERAKAN), dan perhatikan segala sakit dan sengal badan anda.
Mungkin bukan butang mula semula yang rosak, tetapi anda yang sudah berhenti mencarinya. Apabila keadaan kelihatan kelam, capai ke tengah kekacauan itu dan hentikannya. Menekan butang mula semula bukan satu kelemahan; ia adalah bukti anda punya kuasa untuk menentukan jalan hidup anda.
Alam semula jadi adalah jambatan yang membawa anda pergi dari tekanan ke tempat yang penuh ketenangan. Ada kedamaian di luar sana. Hiruk-pikuk tidak lagi kedengaran dan udara terasa lebih bersih. Alam semula jadi ada kuasa tersendiri untuk menghilangkan tekanan dan menenangkan diri anda. Bilakah kali terakhir anda menghabiskan 30 minit berjalan kaki di alam semula jadi?
Adalah sukar untuk sentiasa menyenangkan semua orang. Apabila anda berbuat demikian, hanya sedikit yang tinggal untuk diri anda sendiri. Mengatakan TIDAK pada permintaan yang berlebihan bersamaan dengan mengatakan YA pada diri anda. Anda menghormati diri anda dan menetapkan sempadan bagi membentuk perhubungan yang sihat. Mengatakan “tidak” membuka ruang bagi anda mengatakan “ya” untuk ketenangan, kebahagiaan dan kedamaian.