World Wellness Weekend 19-20 Sept 2020 #WorldWellnessWeekend #WellnessForAll #Welfie2020 #WellnessBuddies


Top
SOALAN LAZIM - World Wellness Weekend
fade
8504
page-template-default,page,page-id-8504,mkd-core-1.3,wellspring child theme-child-ver-1.0.0,wellspring-ver-2.3,mkdf-smooth-scroll,mkdf-smooth-page-transitions,mkdf-ajax,mkdf-grid-1300,mkdf-blog-installed,mkdf-header-standard,mkdf-sticky-header-on-scroll-down-up,mkdf-default-mobile-header,mkdf-sticky-up-mobile-header,mkdf-dropdown-default,mkdf-search-dropdown,wpb-js-composer js-comp-ver-6.1,vc_responsive

SOALAN LAZIM

World Wellness Weekend / SOALAN LAZIM
S: Siapa yang boleh menyertai aktiviti World Wellness Weekend?

J: SEMUA ORANG. Kami menggalakkan keluarga, rakan dan rakan sekerja untuk mencari aktiviti berdekatan dengan mereka dan mengambil bahagian. Kami juga menggalakkan lokasi yang mendaftar untuk membuat aktiviti yang boleh disertai oleh semua, tidak kira usia, jantina atau keadaan fizikal mereka. Kami percaya pada #WellnessForAll.

Q: Adakah aktiviti-aktiviti ini percuma?

A: YA. Lokasi berdaftar komited untuk menganjurkan pada 19 dan 20 September 2020, SATU (atau lebih) aktiviti atau bengkel kumpulan yang SERONOK & PERCUMA selama 60 minit di premis mereka atau di satu kawasan luar bangunan. Di samping acara percuma 60 minit ini, penganjur juga digalakkan untuk menawar pakej tambahan yang berkaitan. Tanya mereka secara terus bagaimana anda boleh menyertai aktiviti mereka untuk mendapat pengalaman baru.

S: Saya tidak melihat sebarang acara berdekatan saya, apa yang perlu saya lakukan?

J: Walaupun World Wellness Weekend berkembang pesat dan mengumpulkan beribu-ribu lokasi di seluruh dunia, ia mungkin belum sampai di tempat anda lagi. Oleh itu, anda mempunyai 2 pilihan:

– meneroka Peta World Wellness dan cari aktiviti menarik di kawasan berdekatan dan naik kereta, kereta api atau kapal terbang dan rancang percutian sempena World Wellness Weekend.

– atau anda boleh menjadi seorang penggiat kesihatan di komuniti anda dan menggalakkan studio yoga / kelab kecergasan / salon kecantikan / spa kegemaran anda untuk menyertai World Wellness Weekend dan daftar dalam talian (LINK ke REGISTER). Sebarkan berita ini, beritahu rakan anda.

S: Adakah tempat terhad pada acara WWW?

J: Ini bergantung pada kapasiti setiap lokasi. Kami galakkan anda menggunakan pilihan untuk menempah tempat anda di acara itu sebaik sahaja anda buat keputusan mahu menyertainya. Anda boleh menempah tempat anda dengan pergi ke profil lokasi dan di sudut kanan atas anda akan melihat pilihan: TEMPAH Kami juga galakkan anda berkongsi dengan rakan tentang lokasi / aktiviti yang ingin anda sertai, supaya mereka dapat turut serta. Ramai-ramai lebih seronok!

S: Kenapa anda mahu data saya?

J: Berkongsi minat dan maklumat anda kepada kami dapat membantu kami memperbaiki penganjuran World Wellness Weekend. Untuk makluman, data digunakan hanya untuk tujuan dalaman kami untuk menganjurkan WWW yang lebih bersesuaian untuk para peserta. Data juga tidak dikongsi dengan orang lain. Selain itu, jika anda memilih untuk menerima e-mel kami, kami akan berkongsi pandangan tentang kesihatan kerana ia bukan hanya tentang satu hujung minggu, malah hidup sihat adalah untuk sepanjang tahun.

Q: I found a great event I would like to go to, but I am a person with disabilities / questions and I would like to contact the property, how can I do that?

J: Sangat mudah. Pergi ke halaman lokasi itu dan anda akan menjumpai maklumat hubungan, alamat e-mel atau / dan nombor telefon mereka.

Kami menggunakan kuki untuk memberi anda pengalaman atas talian yang terbaik. Dengan bersetuju, anda menerima penggunaan kuki mengikut polisi kuki kami

Privacy Settings saved!
Tetapan Privasi

Apabila anda melawat mana-mana laman web, ia mungkin menyimpan atau mengambil maklumat dari pelayar anda, kebanyakannya dari jenis kuki. Kawal Khidmat Kuki anda di sini.


  • _cfduid

  • wordpress_test_cookie
  • wordpress_logged_in_
  • wordpress_sec

  • pll_language

Decline all Services
Accept all Services