World Wellness Weekend 19-20 Sept 2020 #WorldWellnessWeekend #WellnessForAll #Welfie2020 #WellnessBuddies


Top
Tiang 2 - Nutrisi & Khasiat - World Wellness Weekend
fade
67864
page-template-default,page,page-id-67864,mkd-core-1.3,wellspring child theme-child-ver-1.0.0,wellspring-ver-2.3,mkdf-smooth-scroll,mkdf-smooth-page-transitions,mkdf-ajax,mkdf-grid-1300,mkdf-blog-installed,mkdf-header-standard,mkdf-sticky-header-on-scroll-down-up,mkdf-default-mobile-header,mkdf-sticky-up-mobile-header,mkdf-dropdown-default,mkdf-search-dropdown,wpb-js-composer js-comp-ver-6.1,vc_responsive

Tiang 2 – Nutrisi & Khasiat

World Wellness Weekend / Tiang 2 – Nutrisi & Khasiat

Adakah anda kerap rasa kurang bertenaga, tidak dapat menumpukan perhatian, lesu dan tak bermaya – mungkin sudah masanya untuk menilai apa yang terhidang di pinggan anda.

Pemakanan sihat adalah lebih dari hanya memakan sayuran dari semasa ke semasa, mengingatkan diri untuk minum air atau menolak kek apabila dipelawa. Ia adalah soal minda. Ia kesedaran tentang perlunya bahan api untuk menggerakkan tubuh badan. Dan bukan kerana mahu berat badan tertentu atau kepuasan mudah.

Kerana, adakah itu benar-benar kepuasan? Bagi kebanyakan kita – makanan tidak memberi tenaga, menjadikan kita lebih letih, tak bermaya (selain dari kulit yang buruk, bukan?) dan murung. Jangan bersendiri, kelilingi diri dengan komuniti.

Makan bersih

Sistem imun yang lebih kuat

Tahukah anda, apabila anda memakan gula dan makanan terproses, sistem imun badan perlu bekerja lebih keras untuk melindungi tubuh dari bahan toksik makanan tersebut. Ini menyebabkan hanya sedikit tenaga yang tinggal untuk melindungi anda dari penyakit.

Kesihatan mental yang lebih baik

Selain dari faedah kesihatan fizikal, pemakanan bersih juga baik untuk untuk kesihatan mental anda. Beberapa nutrien dari diet anda – seperti vitamin B-6 – membantu membuat dopamin, iaitu hormon kimia yang mempengaruhi kebahagiaan anda. Asid lemak Omega-3 juga menyokong kesihatan mental, di mana jika ia berkurangan boleh menyebabkan kemurungan. Mengehadkan kafein juga boleh membaiki kesihatan mental – ia boleh meningkatkan kebimbangan – dan tidak melangkau waktu makan boleh mengelakkan diri dari sakit kepala atau sakit perut.

Kulit berseri

Ini adalah bonus besar! Dengan pemakanan bersih anda akan mendapat lebih banyak vitamin, mineral dan penghidratan dan kesannya boleh dilihat pada kulit anda! Apabila anda makan makanan yang sihat, anda akan mengambil lebih banyak lemak sihat yang baik untuk kulit, serta antioksidan yang menjadikan kulit berseri. Ia juga membantu kulit kekal kuat and anjal.

4 Perkara Yang Boleh Anda Lakukan Untuk Meningkatkan Pemakanan Anda

Bincang dengan pakar pemakanan

Cari doktor atau pakar pemakanan yang terbaik di kawasan anda dan minta nasihat mereka mengenai tabiat makan dan objektif kesihatan anda. Banyak yang boleh dipelajari tentang pemakanan daripada mereka, selain dari panduan untuk membentuk diet peribadi anda.

Belajar dan ajar

Sentiasa berhubung dengan orang lain supaya boleh mencadang atau mendapat cadangan tentang kedai yang bagus: restoran, kedai jus dan salad.

Choose Your Foods Wisely

Many shops offer a variety of ingredients to enhance your diet with healthy options. There are also a plethora of methods and books available in nutrition to guide you. Foods with health benefits and medicinal properties are available around the corner.

Tingkatkan kesedaran

Langkah seterusnya ialah memberi perhatian terhadap jenis makanan yang dipilih dan saiz hidangan. Adalah lebih baik untuk memilih bahan-bahan segar berbanding makanan terproses yang lazimnya mempunyai kandungan lemak, garam dan gula yang tinggi. Walaupun mudah didapati, produk-produk ini boleh membawa padah di jangka masa panjang. Punyai kesedaran tentang badan anda juga. Ingat bahawa perut contohnya, hanya berukuran penumbuk anda. Ia boleh menampung sehingga 4 liter, dan kurang kepada 0.5 liter apabila kosong. Dengan mengunyah lebih lama dan menelan dengan baik, anda akan rasa kenyang lebih pantas kerana perut tidak mempunyai gigi!

Wellness Blogs & Nutrition Education

No posts were found.

Kami menggunakan kuki untuk memberi anda pengalaman atas talian yang terbaik. Dengan bersetuju, anda menerima penggunaan kuki mengikut polisi kuki kami

Privacy Settings saved!
Tetapan Privasi

Apabila anda melawat mana-mana laman web, ia mungkin menyimpan atau mengambil maklumat dari pelayar anda, kebanyakannya dari jenis kuki. Kawal Khidmat Kuki anda di sini.


  • _cfduid

  • wordpress_test_cookie
  • wordpress_logged_in_
  • wordpress_sec

  • pll_language

Decline all Services
Accept all Services