Apa yang penting ialah semangat dalam pergerakan. - - Jacques Rebotier
Apa yang penting ialah semangat dalam pergerakan. - - Jacques Rebotier
Dengan segala perkembangan teknologi dan kehidupan yang bergerak pantas … kadangkala kita sendiri lupa untuk bergerak.
Vitality atau daya hidup banyak berkait dengan keadaan fizikal dan mental. Walau bagaimanapun, ia bukan hubungan yang mudah. Penyelidikan menunjukkan bahawa majoriti perkara yang mempunyai kesan negatif terhadap kesihatan fizikal atau mood kita, mempunyai kesan negatif terhadap daya hidup. Merokok, diet yang tidak baik, tidak aktif, dan tekanan semua berkait secara negatif dengan kecergasan (dan kesihatan).
Kita sering meletakkan diri kita di akhir senarai perkara yang perlu dilaksanakan setiap hari, dan ini membawa kepada tekanan dan kecelaruan selain mempengaruhi hubungan kita dengan orang lain. Kita perlu meletakkan semula DIRI KITA di atas senarai tersebut.
Orang yang bersenam dengan pasangan, kawan atau rakan sekerja lebih suka bersenam dari bila bersendirian. Jadi carilah rakan peneman!
Kami sering pentingkan asas pemikiran – dan ini adalah tepat sekali! Ia sangat penting. Apabila bangun tidur, adakah anda sudah meyakinkan diri yang anda letih, tidak cukup tidur atau mahu tidur lagi dari bergerak menjadi johan hari ini? Jam pertama selepas bangun tidur adalah kritikal. Cara anda menetapkan pagi anda boleh menetapkan hala tuju sepanjang hari. Sebelum anda membuka mata, baring di tempat tidur selama beberapa minit dan bacakan beberapa ikrar untuk kesihatan dan daya hidup. Anda juga boleh mengucapkan terima kasih untuk tenaga dan keupayaan yang anda ada dan semua perkara hebat yang bakal anda lakukan.
Senaman dan tenaga adalah hampir sinonim, kecuali jika ia berlebihan! Menaikkan kadar degupan jantung selama lima belas minit sahaja sudah cukup untuk meningkatkan hormon gembira dan melancarkan aliran darah. Dalam beberapa minit sahaja anda akan rasa bersemangat.
Teknik pernafasan adalah sangat penting untuk kesihatan kita, tetapi ramai tidak sedar betapa ceteknya penarikan nafas mereka, dan kadang kala jika kita berada di bawah tekanan yang banyak, nafas kita terlalu pendek hingga meninggalkan kita dengan jumlah oksigen yang tidak mencukupi dan ini langsung mempengaruhi kesihatan kita. Untungnya ada beberapa teknik pernafasan yang dapat membantu kita merasa lebih santai atau meningkatkan tenaga
Teh bukan sahaja menghidrat tetapi mendetoks. Herba yang berbeza boleh membantu pembersihan organ-organ utama, sel darah dan juga sistem tubuh badan – ini boleh menjadi penyumbang utama dalam keupayaan tubuh anda untuk mengawal tekanan dan mengekalkan tahap tenaga.
Sedikit lebih baik dari tiada apa-apa!
• Jika anda terlalu sibuk untuk berjalan kaki 30 minit sehari, anda boleh mencuba helah berikut: turun 2 hentian bas dari yang biasa dan seterusnya jalan kaki ke destinasi sebenar anda.
• REGANGAN. Lakukan senaman regangan atau Yoga selama 10 min pada waktu pagi adalah lebih baik daripada tidak melakukan apa-apa.
• Ambil 3 minit setiap hari untuk meregang setiap bahagian badan sambil bernafas, atau menari.