World Wellness Weekend 19-20 Sept 2020 #WorldWellnessWeekend #WellnessForAll #Welfie2020 #WellnessBuddies


Top
Tiang 5 - Arah Tujuan & Solidarity - World Wellness Weekend
fade
67878
page-template-default,page,page-id-67878,mkd-core-1.3,wellspring child theme-child-ver-1.0.0,wellspring-ver-2.3,mkdf-smooth-scroll,mkdf-smooth-page-transitions,mkdf-ajax,mkdf-grid-1300,mkdf-blog-installed,mkdf-header-standard,mkdf-sticky-header-on-scroll-down-up,mkdf-default-mobile-header,mkdf-sticky-up-mobile-header,mkdf-dropdown-default,mkdf-search-dropdown,wpb-js-composer js-comp-ver-6.1,vc_responsive

Tiang 5 – Arah Tujuan & Solidarity

World Wellness Weekend / Tiang 5 – Arah Tujuan & Solidarity

Dua hari paling penting dalam hidup adalah hari anda dilahirkan dan hari anda tahu kenapa anda dilahirkan

Ada sebab kita semua di sini. Di planet ini. Sudahkah anda menjumpai sebab tersebut?

Sesetengah orang bangun apabila mendengar jam loceng, ada yang terdengar panggilan.

Ada sesetengah pagi, anda terasa yang anda boleh menjadi sebahagian daripada sesuatu yang lebih baik. Anda terasa tarikannya tapi anda tidak dapat menjelaskan perasaan itu atau melakukan apa-apa – dan ini membuatkan anda gelisah, marah dan kecewa.

Cara terbaik untuk mencari tujuan dalam hidup adalah dengan mencermin diri sendiri, iaitu seni introspeksi. Mencari jauh ke dalam diri dan menarik keluar semua teka-teki yang ada dalam diri anda.

Jangan sesekali meremehkan kuasa rasa ingin tahu. Hasrat untuk belajar dan mengetahui lebih lanjut, rasa ingin tahu menyalakan fikiran anda, memaksa minda anda untuk bangun.

Apabila anda melakukan sesuatu itu dengan sepenuh jiwa dan raga, dan terutamanya apabila ia adalah untuk orang lain, anda punyai potensi untuk mencapai perkara yang sebelum ini dirasakan mustahil. Anda kini mungkin terbuka untuk menjumpai tujuan hidup anda.

Aliran

Menurut Mihaly Czikszentmihalyi, “Apabila anda berfikir bahawa hidup anda mempunyai makna, apabila anda fokus pada apa yang anda lakukan, anda tidak lagi wujud, hanya tugas untuk mencapai matlamat itu yang wujud.” Ini yang dimaksudkan dengan Aliran. Keadaan ini hampir dengan apa yang dirasakan oleh ahli muzik ketika muzik mengalir keluar dari mereka. Ia juga seperti meditasi aktif. Dalam keadaan aliran, kita lupa diri dan persekitaran. Apabila kita mempunyai tujuan yang kukuh, kita lebih cenderung untuk mengalami keadaan aliran dengan lebih kerap lagi. Individu yang ingin tahu akan bertanya, mencari jawapan, berfikir bagaimana sesuatu objek itu berfungsi dan mencuba cara baru untuk menangani masalah lama. Ini bermakna individu tersebut menganalisa situasi dengan perspektif dan fikiran terbuka, dan ini membawa kepada penyelesaian baru yang kreatif dan lain dari yang lain. Kami berharap World Wellness Weekend akan membantu anda mengenal pasti sesuatu kumpulan dalam komuniti anda atau pertubuhan amal dan aktiviti sosial di mana anda boleh berkhidmat pada 19-20 September. Ini adalah langkah pertama yang mungkin membuka pintu untuk komitmen yang tetap.

How To Know Your Life's Purpose In 5 Minutes, with Adam Leipzig | TEDxMalibu

Βρίσκοντας το πάθος σας

Apa yang anda suka lakukan sewaktu kecil?

Masih ingat kegembiraan melakukan sesuatu kerana keseronokannya? Tiada ganjaran, bukan untuk mengagumkan sesiapa, hanya untuk diri sendiri.

Apa yang buat anda lupa untuk makan?

Pernahkah anda melakukan sesuatu dengan tumpuan yang cukup mendalam sehingga tidak sedar waktu yang berlalu? Ini dipanggil oleh pakar psikologi sebagai Aliran.

Pilihan Jangkauan Global

Dengan kerjasama Institut Indeks Kelestarian Global Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu, World Wellness Weekend sedang membantu melaksanakan Matlamat Pembangunan Mampan (SDG) ke-3: Kesihatan & Kesejahteraan Baik untuk Semua.
Terdapat 16 matlamat lain untuk dicapai, di mana anda boleh menemui panggilan atau tujuan anda dalam hidup ini: tiada ada kemiskinan, tiada kelaparan, lautan bersih

Wellness Blog & Eduation

No posts were found.

Kami menggunakan kuki untuk memberi anda pengalaman atas talian yang terbaik. Dengan bersetuju, anda menerima penggunaan kuki mengikut polisi kuki kami

Privacy Settings saved!
Tetapan Privasi

Apabila anda melawat mana-mana laman web, ia mungkin menyimpan atau mengambil maklumat dari pelayar anda, kebanyakannya dari jenis kuki. Kawal Khidmat Kuki anda di sini.


  • _cfduid

  • wordpress_test_cookie
  • wordpress_logged_in_
  • wordpress_sec

  • pll_language

Decline all Services
Accept all Services